Permohonan Jawatan Dalam Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Untuk Lepasan SPM, STPM & Ijazah Terbuka Lelaki & Wanita. Jawatan yang ditawarkan pengambilan sepanjang tahun oleh JPN telah ditarafkan dengan kelayakan minima SPM, STPM, Diploma dan juga Ijazah. Jawatan yang ditawarkan ambilan oleh JPN ialah Pembantu Pendaftaran KP19, Penolong Pegawai Pendaftaran KP29 dan Pegawai Pendaftaran KP41.
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) turut membuka jawatan kosong bagi lepasan SPM dan STPM serta pemegang Ijazah. Jadi, jika anda sedang mencari pekerjaan dan berminat memegang jawatan di JPN, jangan tunggu lagi. Kemukakanlah permohonan dengan segera!
Permohonan adalah dibuka secara online. Untuk membuat permohonan, anda boleh melayari laman web rasmi portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan mengisi permohonan dalam laman web https://putra12.spa.gov.my/spa8new/login.jsp
JAWATAN-JAWATAN DALAM JPN YANG DITAWARKAN
Berikut merupakan jawatan-jawatan dalam JPN yang dibuka untuk anda mohon.
Pembantu Pendaftaran KP19 ~ SPM Setaraf
Penolong Pegawai Pendaftaran KP29 ~ STPM/STAM/Diploma
Pegawai Pendaftaran KP41 ~ Ijazah

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MEMOHON BAGI SETIAP JAWATAN
1.) Pembantu Pendaftaran KP19
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan.
- Memiliki SPM atau kelayakan lain yang setaraf dan diiktiraf. (Gaji: RM1,360.00)
- Memiliki SPM atau kelayakan setara yang lain yang diiktiraf serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji: RM1,416.40)
- Memiliki SPM atau kelayakan setara yang lain yang diiktiraf serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji: RM1,472.80)
- Mendapat Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam SPM atau SVM atau kelulusan setaraf lain yang diiktiraf kerajaan Malaysia.
2.) Penolong Pegawai Pendaftaran KP29
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan.
- Memliki STPM atau kelayakan setaraf yang diiktiraf. (Gaji: RM1,493.00)
- Memiliki STAM atau kelayakan setaraf yang diiktiraf. (Gaji:RM1,493.00)
- Memiliki diploma daripada IPT tempatan atau kelayakan setaraf yang diiktiraf. (Gaji: RM1,770.95)
3.) Pegawai Pendaftaran KP41
- Memiliki Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf kerajaan daripada IPT tempatan atau kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji: RM2,081.00)
- Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf kerajaan daripada IPT tempatan atau kelayakan lain yang setaraf dengannya.(Gaji: RM2,285.00)
- Memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf kerajaan daripada IPT tempatan atau kelayakan lain yang setaraf dengannya. (Gaji: RM 2,387.21)
CARA MEMOHON JAWATAN DALAM JPN
Untuk membuat permohonan bagi jawatan-jawatan dalam JPN ini, anda perlu melayari laman web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Anda perlu mengisi permohonan online di laman web tersebut. Klik link di bawah.
Link Untuk Permohonan: https://putra12.spa.gov.my/spa8new/login.jsp

