Tips Temuduga Mengenai Dokumen Yang Diperlukan
Bila ada masa senang pergi ke kedai Photocopy lepas tu cakap dengan staff nak buat salinan untuk kad pengenalan, Surat beranak, sijil kemahiran dan surat tawaran temuduga.
Kemudian beli fail susun elok- elok dokumen ikut turutan terpenting ke yang tak berapa penting. Dibawah ini kami kongsikan cara susunan fail yang merupakan salah satu tips interview kerja yang anda boleh tiruvasi.
Susunan Sijil Untuk Temuduga
Perlu diingat mungkin ada puluhan orang yang bakal diwawancara oleh panel penemuduga dihari tersebut. Masa adalah sangat penting bagi mereka.
Jangan pula nanti bila dokumen tertentu diminta anda masih lagi teraba-raba mencari. Last yang keluar lipas pula. Hehe..
Berikut adalah tips Interview kerja bagi cara susunan fail. Ia dimulakan dari dokumen berikut:
Surat Panggilan Temuduga
Borang maklumat bergambar (jika ada)
Salinan Kad Pengenalan
Salinan Sijil Lahir
Salinan Pendidikan(SPM/DIPLOMA/IJAZAH DAN LAIN-LAIN)
Sijil berhenti sekolah
Lain-lain sijil yang berkaitan
Kami tahu anda masih rasa kosong, rasa kurang yakin atau rasa tak cukup bersedia menghadapi soalan2 dan suasana ketika temuduga memohon kerja kan?
Takpe rilex dan tarik nafas.
Kami sudah pun menyediakan panduan lengkap untuk anda yang memohon kerja tak kisah lah kerja kerajaan atau swasta.
Panduan ini sangat berguna dan lengkap untuk anda persiapkan diri sehabis baik sebelum ditemuduga.
Jika anda baca panduan temuduga ketika memohon kerja ini, kami yakin anda akan mendapat perkerjaan idaman anda dalam tempoh yang lebih singkat daripada sepatutnya. Semoga berjaya.


